Alhamdulillah tahun ke 10 kenal, dan tahun ke 7 menyulam cinta akhirnya kami sampai ke jinjang pelamin. 29/3/2021 dengan sekali lafaz akad kami sah sebagai suami isteri.
Okay done formal2, aku nak cerita ni je dekat korang.. Musim2 covid melanda ni memang urusan rasmi dan penting jadi kelam kabut. Kami sepatut nikah 4/6/2021 tapi tunang(kini suami) mintak diawalkan sebab risau bulan 6 tu kes makin naik.
Urusan dengan pihak jab agama sangatlah kucar kacir dengan tempat awalnya tak boleh pilih, last min tarikh yang dah kami pilih full house. Adoii pening ya urusan nak menghalalkan ikatan ni 😂.
Dipendekkan cerita, seminggu sebelum nikah dapat tukar tempat nikah, dari pej agama ke masjid. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun disambut sederhana.
Mujur aku dan tunang duduk di 1 daerah, jadi takde isu rentas daerah dan negeri terjadi hehe. Akad nikah hari isnin, 10 pagi.. Habes nikah balik rumah bride terus kenduri kecil2. Ini jam boleh buat kenduri lagi dan sempat jugak habiskan majlis sambut menantu 3/4/2021. Outdoor pon alhamdulillah sempat.
Belanjawan kawen waktu covid sangat2 lah jimat yea. Tetamu kurang 200 jemputan. Habis kenduri terus masuk rumah, (suami beli rumah sebelum kawen lagi).
Sekarang dah masuk hampir 4 bulan kawen. Semoga kekal bahagia sampai jannah, aamiin.